Assalamualaikum, artikel untuk hari ini bukan untuk saya mengagungkan dajjal Al Masikh, tetapi nak mengajak anda semua tahu bagaimana Dajjal itu sebenarnya. Selama ini, kita asyik sebut dajjal saja, tapi tak tahu bagaimana rupa bentuknya, sifatnya.Hari ni kita bercerita tentang dajjal berdasarkan sumber-sumber tertentu.
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis ‘kafir’, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf...
Cuba perhatikan dalam hadis ini, ada tertulis "Dajjal itu cacat matanya". Perasan tak dari zaman Firaun hinggalah ke zaman sekarang ini ada lambang satu mata?? jom tengok gambar ni.

Ini adalah lambang tuhan Horus pada zaman Firaun. Lambang ini dikenali sebagai Eye Of Horus yang biasanya boleh didapati di mana-mana saja bahagian tinggalan bangunan Mesir kuno.Jika kita perhatikan, terdapat ada satu mata je kan... Adakah ini kebetulan?? jom kita tengok lagi...

yang sebelah kanan tu tugu yang terdapat di guildhall di London. Jika anda semua perhatikan, pak cik ni ada satu mata je.. huh?? kebetilan jugak ke??

Ni pun sorang lagi. kenal tak? Artis yang join ajaran Kaballah tu. Madonna. Cuba tengok kat belakang Madonna tu. Ada apa?? Mata...

haa.. ni satu lagi. Ni gambar lukisan yang terdapat di guildhall di London. ada mata jugak..

ni gambar mata wang US dollar. Ada simbol mata.
Ni logo Nickelodeon. Ala yang spongebob punye syarikat tu... cube tengok.. Mata lagi...
Haa.. kalau korang nak tahu, ni la lambang golongan Freemason. Ajaran yang nyata sesat lagi menyesatkan. Mereka memuja Dajjal Al Masikh serta mengajak kita semua untuk lalai dalam landasan agama. Sekarang ni, mereka dah bergiat aktif dalam dakwahnya melalui hiburan!!
Ni pula ayat-ayat dari kitab Injil. Perlu diingatkan, bahawa saya bukan nak mengagung-agungkan Kitab Injil, tetapi saya hanya ingin membuat kajian sahaja....
"Dan ia tinggal berdiri dipantai laut (13-1). lalu aku melihat seekor binatang yang keluar dari dalam laut,
bertanduk sepuluh dan berkepala tujuh; atas tanduk-tanduknya terdapat sepuluh mahkota dan di atas kepalanya tertulis kata-kata penghinaan kepada tuhan. binatang yang ku lihat serupa
seperti harimau dan kakinya seperti kaki beruang dan mulutnya seperti mulut singa. Dan naga itu memberi kepadanya kekuatannya dan takhtanya dan kekuasaannya yang besar"
"Hendaklah kamu berjaga-jaga, iblis seterumu, seperti
singa mengaum mencari siapa yang dapat di lapahnya". Peter 5:8
Apa kaitan dengan ayat yang saya
bold kan tu?? Jom tengok gambar ni...
Ini ialah jata negara British. Ada mahkota, kepala singa, tanduk dan lambang naga pada perisai sebelah kanan bawah. kemudian ada ayat "Dieu et mon droit" bermaksud tuhan dan hak saya... hmmmm kebetulan ke??
Pintu pagar Istana Buckingham. Sama jugak
MasyaAllah.. kat rokok pun ada. Tapi, cuba tengok, ada slogan "VENI-VEDI-VICI". "SAYA DATANG-SAYA LIHAT-SAYA TAKLUK".. Apa kaitannya?? hahaha fikir sendiri..
Sambungan bahagian kedua. Ingat!!! tanda-tanda kemunculan Dajjal ada di mana-mana. Wallahualam....